suria

Sebulan batal kahwin, Ayu Ting Ting dah ada pengganti... kini rapat dengan doktor kecantikan

Ayu pernah bercuti bersama Brata menguatkan lagi spekualasi mereka bercinta.

SELEPAS membatalkan pernikahan dengan Adit Jayusman secara mengejut pada awal Februari lalu, pelakon dan penyanyi Ayu Ting Ting dikhabarkan sudah temui pengganti.

Memetik laporan Liputan6, penyanyi lagu Cemburu Mantanmu itu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang doktor pakar kecantikan bernama Brata Angga Kartasasmita.

Malah, beberapa video memperlihatkan Ayu bersama Brata di laman sosial mengundang tanda tanya dalam kalangan peminatnya yang ingin mengetahui status sebenar pasangan itu.

Menguatkan lagi spekulasi mereka sedang hangat bercinta apabila Ayu dan Brata pernah dilihat meluangkan masa bercuti bersama di Rusia.

Biarpun dikatakan sebagai orang yang memberi sokongan kepada Ayu ketika aktres itu tidak jadi kahwin, Brata bagaimanapun memberitahu hubungan mereka hanya sekadar sahabat sahaja.

"Saya memang rapat dengan keluarga Ayu. Bila bersama keluarga Ayu, saya rasa seperti bersama keluarga sendiri. Tapi tidak pernah ada rasa itu (cinta)," kata Brata menerusi YouTube Indosiar.

Pada 4 Februari lalu, Ayu mengejutkan peminatnya dengan mengumumkan majlis pernikahannya dengan Aditya yang sudah siap seratus peratus dibatalkan pada saat-saat akhir.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain