suria

Dua minggu sebelum majlis bertunang, Atta Halilintar dapat berita ibu bapa jatuh sakit di Malaysia - “Ya Allah, fikiran saya semakin serabut”

Atta akui fikiran serabut apabila mengetahui keadaan ibu bapanya yang sakit Malaysia.

GARA-GARA bimbang dengan keadaan pandemik Covid-19, YouTuber terkenal Indonesia Atta Halilintar mengakui dia terpaksa menjalani sesi penggambaran fotografi pra-perkahwinannya dengan Aurel Hermansyah di kediamannya sahaja.

Selain bimbang tentang perkara itu, Atta turut mendedahkan dua minggu sebelum majlis tersebut dia dikejutkan dengan berita mengenai ibu bapanya yang berada di Malaysia jatuh sakit.

"Saya tak ada gambar di luar sebab takut ramai orang... jadi, sesi fotografi untuk pra-perkahwinan hanya dijalani dalam rumah sahaja untuk keselamatan semua orang bersama.

"Dan dua minggu sebelum majlis pertunangan, saya dapat perkhabaran dari Malaysia yang ibu bapa saya sakit. Ya Allah, fikiran saya menjadi semakin serabut... serabut sangat guys," kata Atta.

Atta yang kini berada di Indonesia berkongsi mengenai perkara itu menerusi saluran YouTube miliknya baru-baru ini.

Berikutan andemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, Atta Halilintar meluahkan rasa sedih kerana sudah setahun tidak dapat bertemu dengan keluarganya yang terkandas di Malaysia.

Pada Sabtu lalu, anak kepada penyanyi Kris Dayanti, Aurel Hermansyah selamat bergelar tunangan kepada Atta dalam satu majlis yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen Indonesia, RCTI. - Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain