suria

Army samakan gaya rambut Jin (BTS) dengan Justin Bieber, siap pakai kemeja ‘Baby’ lagi!

Imej dan rambut Jin BTS disamakan dengan Justin Bieber.

GAYA rambut ahli kumpulan BTS iaitu Jin menjadi perbualan hangat peminat di laman Twitter apabila ramai mengaitkan imej itu seakan-akan penampilan penyanyi Justin Bieber di awal kemunculan dahulu.

Menurut laporan Koreaboo, imej itu menjadi perbualan semasa Jin bersama RM dan Jimin mengendalikan satu program masakan dan mukbang untuk peminat mereka, baru-baru ini.

Sepanjang siaran itu, peminat lebih fokus dan berbicara mengenai gaya rambut Jin.

Selain Justin Bieber, ada juga peminat yang menyamakan gaya rambut itu dengan kumpulan The Beatles.

Bukan sahaja rambut, malah pakaian yang dikenakan oleh Jin turut menjadi perbualan peminat.



Baju yang dipakai Jin dengan tulisan Baby turut menjadi perbualan peminat.

Jin mengenakan baju kemeja berwarna-warni dengan motif kotak-kotak bersama tulisan ‘baby baby baby’ di bahagian belakang.

Ia secara tidak langsung mengaitkan dengan Justin Bieber yang mula dikenali menerusi lagu Baby.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain