BINTANG terkenal Korea Selatan, Rain bakal membuat kemunculan semula sebagai pelakon apabila dia dikhabarkan bakal menjalani penggambaran drama bersiri terbaharu berjudul Ghost Doctor. Rain atau nama sebenarnya, Jung Ji-hoon, 39, akan membawakan watak utama, Dr Cha Young Min yang bertukar roh dengan seorang lagi doktor lain. Ghost Doctor akan diarahkan oleh Boo Sung Chul yang sebelum ini pernah mengarahkan drama seperti The Heirs dan Our Gap Soon. Ini merupakan drama terbaharu Rain selepas kali terakhir dia muncul dengan drama Welcome 2 Life yang ditayangkan pada 2019. Ghost Doctor diterbitkan oleh Bon Factory yang sebelum ini banyak menerbitkan drama hits seperti Master's Sun, What's Wrong With Secretary Kim, Encounter dan She Was Pretty. Drama ini dijangka ditayangkan pada bulan Jun depan. - Soompi Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!