suria

Lady Gaga luah hasrat ingin berkahwin dan miliki cahaya mata dalam masa terdekat

Lady Gaga kini hangat bercinta dengan ahli perniagaan berusia 43 tahun.

PENYANYI terkenal, Lady Gaga menyatakan hasratnya yang ingin mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Germanotta, 35, kini dilaporkan sedang hangat menyulam cinta dengan ahli perniagaan berusia 43 tahun, Michael Polansky.

Hubungan pasangan itu dikhabarkan sudah berlangsung sejak setahun lalu.

"Gaga ada beritahu kepada rakan-rakannya yang dia hendak menyiapkan beberapa projek kerja terlebih dahulu sebelum mendirikan rumah tangga.

"Penyanyi itu merasakan Michael adalah jejaka yang dicari-carinya selama ini dan ingin membina keluarga secepat mungkin dengan teman lelakinya itu," kata sumber rapat penyanyi tersebut.

Menerusi beberapa temubual dengan pihak media sebelum ini, penyanyi lagu Bad Romance ini berhasrat ingin segera menimang cahaya mata.

"Saya teringin mempunyai anak sendiri dan tidak sabar untuk bergelar seorang ibu.

"Ia adalah satu proses yang cukup indah apabila ada nyawa yang dikandung dalam badan kita dan melihat ia membesar," katanya. - Thenews.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain