suria

Pernah terfikir tak mahu anak, Emma Stone akhirnya selamat lahirkan bayi sulung

Emma Stone berkahwin dengan Dave McCary pada September tahun lalu.

PELAKON Emma Stone dilaporkan sudah selamat melahirkan anak sulung di sebuah pusat perubatan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 13 Mac lalu.

Sehingga kini, pelakon filem La La Land itu masih belum mendedahkan nama serta jantina anaknya, hasil perkahwinan bersama suami, pengarah dan penulis Dave McCary.

Emma, 33, dan Dave, 36, mendirikan rumah tangga dalam satu majlis tertutup pada September tahun lalu.

Dalam temubual bersama majalah Elle pada tahun 2018, Emma pernah menyatakan hasrat sudah tidak sabar untuk berkahwin dan mendapatkan cahaya mata.

"Perspektif saya terhadap budak-budak sudah berubah sejak umur saya semakin meningkat.

"Dulu-dulu ketika remaja saya pernah kata tidak mahu berkahwin dan ada anak.

"Tetapi sebaliknya berlaku bila saya sudah semakin meningkat usia... fikiran saya sudah berubah dan saya mahukan sebuah keluarga yang lengkap," katanya.

Sebelum berkahwin dengan Dave, Emma pernah dilaporkan bercinta dengan aktor Kieran Culkin dan Andrew Garfield. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain