suria

Lakon watak Puteri Diana, peminat hampir tak cam wajah terbaharu Kristen Stewart

Kristen Stewart (kanan) disolek saling tak tumpah seperti mendiang Puteri Diana.

DIBERI kepercayaan melakonkan watak mendiang Puteri Diana dalam filem Spencer, gambar terbaharu pelakon Kristen Stewart mengejutkan peminat apabila ia dilihat saling tak tumpah seperti puteri berjiwa rakyat itu.

Dalam gambar promosi filem itu yang dikongsikan oleh pihak produksi, Kristen, 31, dilihat menggayakan rambut blonde yang menjadi trademark Diana sepanjang kehidupannya sebelum ini.

Spencer yang dijangka tayangannya pada hujung tahun ini mengisahkan tentang perjalanan hidup Diana beberapa minggu sebelum dia mengambil keputusan untuk bercerai dengan bekas suami, Putera Charles.

Diana atau nama sebenarnya, Diana Frances Spencer berkahwin dengan Charles, 73, pada 29 Julai 1981 namun disahkan bercerai pada 28 Ogos 1996.

Hasil perkahwinan, pasangan diraja Britain itu dikurniakan dua anak lelaki, Putera William, 39, dan Putera Harry, 37.

Diana meninggal dunia pada usia 36 tahun selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Paris, Perancis pada 31 Ogos 1997. Turut terkorban dalam kemalangan tersebut ialah teman lelakinya, Dodi Al-Fayed. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain