PELAKON Priyanka Chopra mendedahkan dia pernah menjalani pembedahan plastik bagi mengubah struktur dan bentuk hidungnya. Priyanka bagaimanapun mengakui pembedahan itu menyebabkan hidungnya kelihatan tidak cantik dan menjadi bahan ejekan orang ramai. Dalam memoir terbaharunya berjudul Unfinished, pelakon berusia 38 tahun ini memberitahu dia melakukan polypectomy iaitu pembedahan bagi mengubah bentuk wajah. Dia nekad melakukan pembedahan itu selepas menemui ketumbuhan dalam rongga hidungnya. Awalnya dia menyangka polypectomy adalah prosedur pembedahan biasa yang tidak akan memberi kesan buruk kepada wajahnya. Priyanka kongsi wajahnya semasa berusia 19 tahun. Namun, doktor yang melakukan pembedahan itu melakukan kesilapan membuatkan hidungnya lebih mendatar. "Hidung asal saya hilang. Wajah saya nampak berbeza dan itu bukan saya, ” kata Miss World 2000 itu. Sebelum itu menerusi Instagram, isteri kepada penyanyi Nick Jonas ini berkongsi foto semasa dia berusia 19 tahun. Ramai peminat terkejut melihat perbezaan penampilannya semasa masih remaja itu. SUMBER: Dailymail Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!