suria

The Rock 'tak puas hati' Putera William ungguli carta carian Google Lelaki Botak Paling Seksi Di Dunia 2021

The Rock sekadar menduduki tangga kesembilan carta Lelaki Botak Paling Seksi Di Dunia pada tahun ini.

PELAKON dan bekas bintang gusti profesional, The Rock atau nama sebenar, Dwayne Johnson melahirkan perasaan tidak berpuas hatinya di atas senarai carta Lelaki Botak Paling Seksi Di Dunia yang dikeluarkan Google, baru-baru ini.

Senarai tersebut menobatkan kerabat diraja Britain, Putera William, 39, sebagai juara carta yang ditentukan menerusi jumlah carian terbanyak mengenai lelaki berimej botak di enjin carian Google.

Untuk tahun lalu sahaja, nama Putera William banyak kali dicari pengguna Internet dengan sebanyak 17.6 juta carian.

Berada di kedudukan kedua carta ialah lagenda boxing dunia, Mike Tyson, pelakon Jason Statham di tempat ketiga, penyanyi Pitbull (keempat), atlet bola keranjang, Michael Jordan (5), bekas bintang sukan boxing, Floyd Mayweather (6), aktor John Travolta (7) dan Bruce Willis (8).

The Rock, 49, pula sekadar menduduki tempat kesembilan di hadapan aktor Fast & Furious, Vin Diesel.

Pelakon filem Jumanji itu memuat naik status di laman Twitter secara gurauan mengatakan dia mahu undian semula dilakukan oleh pihak penganjur gara-gara keputusan yang tidak boleh diterimanya itu.

"Macam mana perkara ini boleh berlaku. Saya mahu undian dikira semula," tulisnya beserta emoji senyuman di hujung status tersebut. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain