suria

Nichkhun dan Chansung 2PM buat kemunculan istimewa dalam drama Vincenzo

Nickhun dan Chansung turut memberikan sokongan terhadap Taecyeon yang berlakon dalam drama Vincenzo.

DUA ahli kumpulan Kpop 2PM iaitu Nichkhun dan Chansung bakal membuat kemunculan istimewa dengan membintangi drama terbitan Netflix Korea Selatan, Vincenzo.

Kedua-duanya dijangka membuat cameo untuk beberapa episod yang masih lagi terlibat dalam proses penggambaran.

"Sila tunggu episod tersebut untuk tahu watak apa yang dimainkan oleh Nichkhun dan Chansung," kata penerbit drama tersebut, Lee Jang Soo.

Selain Nichkhun dan Chansung, Vincenzo turut dibintangi rakan sekumpulan mereka iaitu Taecyeon yang membawakan watak antagonis utama bernama Jang Jun Woo.

Vincenzo yang turut dilakonkan oleh aktor popular, Song Joong Ki mengisahkan tentang kehidupan seorang mafia yang dibesarkan di Itali yang kemudiannya kembali semula ke tanah airnya di Korea.

Setakat ini 12 daripada 20 episod Vincenzo sudah ditayangkan di Netflix dan saluran tv, TVN. - Allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain