suria

Raline Shah ditegur netizen gara-gara disangka pakai kasut dalam masjid

Foto Raline (kanan) menerima teguran netizen kerana dilihat seperti dalam sebuah masjid.

GARA-GARA bergambar dengan memakai kasut dalam sebuah bangunan, pelakon popular dari Indonesia iaitu Raline Shah menerima teguran netizen di Instagram.

Menurut laporan portal Suara, Raline memuat naik sekeping foto bergambar di dalam bangunan yang kelihatan seakan-akan sebuah masjid.

Justeru itu orang ramai menyangka pelakon filem Surga Yang Tak Dirindukan ini bertindak kurang sopan apabila memasuki kawasan rumah ibadat dengan memakai kasut.

Dalam hantaran tersebut, Raline tidak menyatakan secara khusus lokasi foto itu dirakam.

Dia cuma meletakkan tag lokasi di Burj Al Arab, Dubai.

Foto dimuat naik Raline jadi perdebatan netizen di Instagram.

Meskipun tidak menjawab pertanyaan dan teguran itu, ada peminat yang tampil memberikan penjelasan mengenai foto tersebut.

Mereka memberitahu lokasi berkenaan bukanlah masjid, sebaliknya ruang lobi sebuah hotel di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Ini hotel Burj Al Arab, bukan masjid cuma rekaan dalamannya seperti masjid, pergi semak di Google sana netizen yang budiman. Apa pun cantik gambar ni!

"Kenapa orang kata ni masjid? Inikan hotel... jangan salah faham ya," komen peminat.

Baru-baru ini, selebriti berasal dari Korea Selatan iaitu Ayana Moon turut menerima kritikan yang sama ketika berada di Masjid Istiqlal di Jakarta, Indonesia.

Dia ditegur selepas dilihat mengenakan kasut di kawasan masjid.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain