suria

Rancangan nikah di Masjid Istiqlal tak kesampaian, Atta Halilintar dan Aurel tukar lokasi di hotel mewah

Majlis akad nikah Atta dan Aurel akan diadakan pada 3 April depan.

PERANCANGAN YouTuber Indonesia terkenal Atta Halilintar untuk mengadakan majlis akad nikah dengan anak kepada penyanyi Anang Hermansyah iaitu Aurel di Masjid Istiqlal terpaksa dibatalkan.

Memetik laporan Liputan6, Atta dan Aurel mengambil keputusan untuk memilih lokasi baharu iaitu sebuah hotel mewah di Jakarta untuk acara pernikahan mereka yang bakal diadakan pada 3 April depan.

"Lokasinya Insya-Allah di sini (hotel mewah). Selepas mencari beberapa lokasi, akhirnya kami jumpa tempat yang paling terbaik di Jakarta," kata Atta.

Tambah Atta lagi, majlis tersebut masih mengekalkan dan mengikut protokal kesihatan yang ditetapkan serta jemputan hanya 300 tetamu sahaja.

Aurel selamat bergelar tunangan kepada kekasihnya, Atta Halilintar dalam satu majlis yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen Indonesia, RCTI pada 13 Mac lalu.

Majlis pertunangan Aurel dan Atta, 27, berlangsung di Hotel Intercontinental, Jakarta dengan dihadiri seramai 70 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain