suria

Hailey Baldwin jadi mangsa buli siber selepas kahwin dengan Justin Bieber, nasib baik ada suami tolong ‘back up’

Hailey bersyukur mempunyai suami yang sentiasa berada di sisinya.

MODEL terkenal Hailey Baldwin berkata hidupnya mula berubah sejak sejak mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Justin Bieber apabila dia sering menjadi mangsa buli siber.

Menerusi laporan Hollywoodlife, biarpun menerima kecaman yang teruk namun dia tetap bersyukur kerana mempunyai seorang suami yang sentiasa berada di sisinya.

Malah Hailey turut memberitahu kehidupannya kini jauh lebih baik selepas membiarkan sahaja kritikan atau kecaman daripada netizen di laman sosial.

"Suami saya banyak membantu dalam situasi itu. Saya sangat menghargai kerana dia sudah lama melakukan perkara itu biarpun dalam keadaan sukar," kata Hailey.

Penyanyi lagu Yummy itu berkahwin dengan model Hailey di sebuah lokasi rahsia di New York, Amerika Syarikat pada September 2018.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain