suria

Atta Halilintar kerap berbalah dengan Aurel Hermansyah, Nagita Slavina nasihat rajin berpuasa dan solat untuk kawal emosi

Atta (kanan) menerima nasihat daripada Nagita ketika mengunjungi rumah pelakon itu.

HANYA tinggal satu hari sahaja sebelum menjelang majlis pernikahan, pasangan selebriti Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah mendapat nasihat daripada pelakon Nagita Slavina.

Memetik laporan Liputan6, isteri kepada selebriti Raffi Ahmad ini menasihati agar bakal pengantin itu untuk sentiasa rajin menunaikan solat dan berpuasa.

Nasihat itu diberikan selepas Atta membuat pengakuan mengatakan dia dan Aurel kerap berbalah pendapat dalam banyak hal melibatkan majlis perkahwinan mereka.

"Saya pernah beritahu Aurel sebelum ini, rajin berpuasa dan banyakkan solat hajat, tahajud serta taubat. Supaya sebelum hari pernikahan nanti, Insya-Allah semuanya dalam keadaan baik.

"Apabila berpuasa ini, kita dapat menahan emosi dan membuang perasaan ego," kata Nagita ketika Atta mengunjungi rumahnya baru-baru ini.

Sebelum ini, Atta mendedahkan perancangan untuk mengadakan majlis akad nikah pada 3 April dengan anak kepada penyanyi Anang Hermansyah itu di Masjid Istiqlal terpaksa dibatalkan.

Sebaliknya mereka bakal dinikahkan dalam sebuah majlis di hotel mewah di Jakarta.

Atta selamat bergelar tunangan kepada kekasihnya, Aurel dalam satu majlis yang disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen Indonesia, RCTI pada 13 Mac lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain