PENYANYI Ariana Grande mengumumkan penyertaannya sebagai salah seorang juri program realiti nyanyian terbitan NBC, The Voice. Khabar itu diumumkan penyanyi lagu Thank You, Next itu menerusi Twitter. Ariana menggantikan tempat yang ditinggalkan oleh Nick Jonas. "Kejutan! Saya sangat teruja, berbesar hati dan gembira dapat menyertai Kelly Clarkson, John Legend dan Blake Shelton untuk musim terbaharu The Voice. "Kami akan merindui anda Nick Jonas," kata Ariana. Susulan itu John turut memuat naik ciapan mengalu-alukan kedatangan Ariana ke keluarga The Voice. Selain Nick, antara bekas juri yang pernah menyertai rancangan tersebut sebelum ini ialah Gwen Stefani, Christina Aguilera, Adam Levine, Usher, Ceelo Green dan Miley Cyrus. - CNN Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!