suria

Emma Watson dituduh tak profesional tinggalkan set penggambaran, akhirnya pengarah buka mulut!

Emma Watson dituduh bersikap tak profesional semasa berada di set penggambaran.

BARU-BARU ini tersebar khabar angin mendakwa pelakon Emma Watson meninggalkan set penggambaran filem This Is The End pada tahun 2013.

Tampil menjelaskan situasi sebenar, pengarah Seth Rogen menafikan tuduhan kononnya aktres tersebut bersikap tidak profesional.

Seth Rogen berkata Emma bukan melarikan diri, sebaliknya dia meninggalkan set kerana menolak untuk melakonkan satu babak yang tidak dinyatakan di dalam skrip awal.

"Emma Watson tak lari dari lokasi penggambaran... itu adalah hal terburuk jika ada yang rasa Emma melakukannya.

"Adegan yang diminta itu tak ditulis dalam skrip dan ditambah secara tiba-tiba, jadi Emma tak bersetuju," katanya.

Emma dan Seth dalam filem This Is The End pada tahun 2013.

Dalam pada itu, Seth Rogen kesal dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap aktres itu.

Meskipun insiden itu telah berlaku hampir lapan tahun lalu, Seth Rogen khuatir cerita lama itu boleh menjejaskan hubungan antara mereka.

"Tuduhan mengatakan dia tak profesional adalah satu pembohongan besar.

"Saya rasa saya sepatutnya berkomunikasi dengan lebih baik tapi saya tak melakukannya sehingga keadaan menjadi kurang selesa.

"Kami sudah bersetuju jika dia tidak terlibat dalam adegan itu. Kami terbuka dan bersedia untuk berkerjasama lagi, ” katanya yang turut memaklumkan sudah membuat permohonan maaf kepada Emma.

SUMBER: NME

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain