suria

Justin Bieber pertahan maruah isteri, keluar kereta ‘sound’ paparazi dituduh rakam bahagian skirt Hailey Baldwin

Justin berang paparazi rakam gambar isteri pada bahagian yang tidak sepatutnya.

PENYANYI Justin Bieber menegur tindakan seorang paparazi yang mengambil gambar Hailey Baldwin pada bahagian yang tidak sepatutnya, baru-baru ini.

Menurut laporan portal Stylecaster, insiden itu berlaku selepas dia dan isteri selesai menikmati makan malam di sebuah restoran di California, Amerika Syarikat.

Selesai urusan tersebut dan dalam perjalanan menuju ke kenderaan mereka, Justin merasakan seperti ada pihak yang memerhatikan gerak-gerinya bersama isteri.

Pasangan ini kemudiannya masuk ke dalam kereta, namun tidak lama kemudian penyanyi lagu Baby ini keluar semula dan bertanyakan sesuatu kepada paparazi yang berada berdekatan kenderaan mereka.

"Kamu ambil gambar bahagian bawah skirt ya?" tanya Justin dengan nada tenang.

Namun, paparazi berkenaan menafikan tentang perkara itu.

"Ya tuhan, tak mungkin la Justin... untuk apa nak ambil gambar bahagian itu?” jawab paparazi berkenaan.

Seorang lagi jurugambar yang berada di lokasi sama memberitahu tidak mungkin mereka melakukan tindakan sedemikian.

"Tak ada orang buat macam tu... sumpah! Mari datang sini tengok video yang ada," kata paparazi berkenaan.

Ini bukanlah kali pertama Justin Bieber berdepan dengan paparazi.

Sebelum ini, Justin pernah memberitahu dia kurang selesa apabila kehidupannya dikelilingi oleh paparazi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain