suria

Pete Davidson belanja besar sejak bercinta dengan Phoebe Dynevor, beli kondo mewah RM62 juta

Hubungan Pete dan Phoebe mula jadi perhatian selepas mereka dilihat sering menghabiskan masa bersama.

SEJAK menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon drama bersiri popular Bridgerton iaitu Phoebe Dynevor, pelawak terkenal Pete Davidson dikatakan berbelanja besar.

Memetik laporan Hollywoodlife, bekas tunang kepada penyanyi Ariana Grande itu juga telah berpindah keluar dari kediaman ibunya.

Malah, pelawak program Saturday Night Live ini juga dilaporkan sudah membeli sebuah kondominium mewah dengan harga lebih RM62 juta.

Pada Mac lalu, hubungan Pete dan Phoebe mula menjadi perhatian selepas mereka dilihat menghabiskan masa bersama di New York City serta England.

Sebelum ini, Pete dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan model Kaia Geber namun hanya bertahan tiga bulan dan berpisah pada Januari lalu.

Pete juga pernah bercinta dengan pelakon Once Upon A Time In Hollywood iaitu Margaret Qualley sekitar 2019 dan turut menjalinkan hubungan dengan Kate Beckinsale yang hanya bertahan tiga bulan.

Sebelum Pete menjalinkan hubungan cinta dengan beberapa selebriti, dia juga pernah mengikat tali pertunangan dengan Ariana pada May 2018 dan berpisah pada Oktober tahun yang sama.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain