suria

Ini rupa-rupanya rahsia Jackson Wang miliki kulit wajah licin dan berseri... patut la digilai ramai gadis!

Jackson Wang merupakan salah seorang ahli kumpulan Kpop popular, GOT7.

AHLI kumpulan GOT7, Jackson Wang sememangnya digilai ramai peminat Kpop dari seluruh dunia.

Selain ketampanan wajah, kulit muka yang licin turut menjadi antara faktor membuatkan ramai peminat wanita jatuh cinta padanya.

Terbaharu, Jackson, 27, mendedahkan rahsianya dalam mendapatkan kulit wajah yang mulus dan sihat dengan hanya menggunakan cara yang mudah.



Jackson juga dilantik sebagai duta untuk dua jenama kecantikan kulit.

Tidak perlu berbelanja mewah, penyanyi lagu LMLY itu berkata dia hanya mengamalkan pemakanan sihat serta melakukan senaman jika berkelapangan.

"Saya hanya amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang selain bersenam untuk membuang toksin dalam badan.

"Selain itu, saya juga dapatkan waktu tidur yang cukup serta rajin minum air kosong untuk mendapatkan kulit muka sihat," katanya.

Disebabkan faktor itu juga membolehkan Jackson dilantik sebagai duta untuk dua jenama kecantikan kulit popular iaitu The Face Shop dan LÓreal bagi rangkaian produk lelaki. - Koreaboo

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jackson Wang, GOT7, Kpop, artis Korea

Artikel Lain