MESRA disapa J.Lo, penyanyi terkenal Jennifer Lopez akhirnya mendedahkan individu yang memberikan gelaran nama tersebut ketika di awal pembabitannya sebagai selebriti. Menerusi portal Insidenova, Jennifer memberitahu nama panggilan J.Lo itu diberikan oleh penyanyi yang juga komposer, Heavy D semasa rakaman album pertamanya pada tahun 1999. "Nama J.Lo datang daripada Heacy D. Kami bertemu di studio semasa pembikinan album pertama saya dan memanggil dengan Jenny-Lo, Jennifer-Lo atau J.Lo. "Semasa penghasilan album kedua pada tahun 2001, saya ambil keputusan untuk menggunakan nama panggilan J.Lo, nama itu seakan-akan serasi dan bermain-main dalam fikiran saya," katanya. Sementara itu Judy Greer yang turut membintangi filem The Wedding Planner bersama Jennifer pada tahun 2001 bersetuju dengan penggunaan nama tersebut. "Semasa itu semua orang di lokasi penggambaran panggil dia Jen-Lo, belum ada panggil J.Lo. Sehinggalah J.Lo itu digunakan di panggung Glendale. Berbeza dengan aktres Scarlett Johansson yang membenci panggilan ScarJo, Jennifer Lopez pula menyukai panggilan nama J.Lo. Malah, dia senang apabila orang ramai menggelarnya dengan nama panggilan itu. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!