suria

Selepas enam tahun menunggu, Raffi Ahmad teruja Nagita Slavina hamil anak kedua

Raffi dan Nagita bakal timang anak kedua.

SELEPAS enam tahun menanti, akhirnya pasangan selebriti Indonesia terkenal Raffi Ahmad dan isterinya, Nagita Slavina bakal menimang cahaya mata kedua.

Memetik laporan Liputan6, pengumuman kehamilan Nagita itu dibuat menerusi saluran YouTube milik pasangan itu pada Jumaat.

Menerusi video tersebut, Nagita yang juga seorang pelakon tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir saat menunjukkan keputusan ujian kehamilan itu kepada suaminya.

Dalam pada itu, Raffi menerusi laman Instagram miliknya juga meluahkan rasa syukur apabila mengetahui isteri kesayangannya kini sedang hamil anak kedua mereka.

"Alhamdulillah goal! Nagita hamil. Rafathar bakal jadi abang. Agak-agak kali ini akan mirip saya atau Gigi (Nagita)," tulisnya.

Raffi mendirikan rumah tangga dengan Nagita pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia enam tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain