suria

Tak sabar timang anak, Atta Halilintar minta Aurel buat ujian kehamilan setiap dua minggu

Atta Halilintar teruja nak timang cahaya mata pada awal usia perkahwinan.

BAHARU dua minggu usia perkahwinan mereka, personaliti media sosial popular Indonesia, Atta Halilintar sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata.

Malah Atta, 27, juga sudah membeli banyak kit ujian kehamilan untuk digunakan oleh isterinya, Aurel Hermansyah.

Ketika disuruh untuk mencuba ujian tersebut, Aurel, 23, menolak dengan mengatakan masih terlalu awal untuk dirinya mencuba alat tersebut memandangkan mereka baharu sahaja menikah pada 3 April lalu.

"Saya tidak mahu mencuba alat ujian kehamilan itu, kamu dah terlalu berharap nak anak, kalau tak hamil macam mana?" kata Aurel memetik video yang dikongsikan di saluran YouTube mereka.

Atta menjelaskan dia bertegas mahukan isterinya mencuba alat kehamilan itu kerana keadaan Aurel yang selalu berasa mual-mual sejak kebelakangan ini.

Dia turut meminta Aurel membuat ujian kehamilan setiap dua minggu, namun perkara itu tidak menyenangkan isterinya.

"Saya mual biasa sahaja sebab banyak makan. Sayang jangan macam itu, jangan buat aku sedih (kerana masih belum hamil)," ujar Aurel.

Aurel merupakan anak sulung kepada penyanyi popular Kris Dayanti dengan bekas suami, Anang Hermansyah.

Pernikahan Atta dan Aurel mencipta sejarah tersendiri apabila Presiden Indonesia, Joko Widodo menjadi salah seorang saksi pernikahan pasangan tersebut. - Liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain