suria

Pink bimbang meninggal dunia kerana Covid-19, dah siap tulis surat wasiat

Pink hulur sumbangan kepada petugas perubatan selepas pulih daripada jangkitan Covid-19.

PENYANYI Pink mengakui pengalaman dijangkiti Covid-19 pada tahun lalu merupakan momen paling buruk dalam hidupnya.

Bimbang jika dirinya menemui ajal kerana jangkitan virus itu, Pink mendedahkan dia menulis surat wasiat sebagai persediaan awal.

"Memang kedengaran gila tetapi kami menderita kerana Covid-19 dan itu satu detik yang cukup buruk.

"Saya menulis (surat) dan menghubungi sahabat baik dan beritahu betapa saya menyayangi orang sekeliling terutama dua anak saya.

"Sebagai ibu, pasti kita akan terfikir apa yang kita tinggalkan untuk anak-anak, apa yang saya dah ajar mereka. Adakah mereka akan berjaya di dunia kelak (tanpa kita).

"Berjuang melawan Covid-19 dengan anak lelaki saya berusia tiga tahun adalah pengalaman paling mencabar mental dan fizikal sebagai seorang ini," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Meskipun sudah pulih dan bebas daripada jangkitan Covid-19, Pink berkata dia masih lagi merasai gejala yang pernah dialami dahulu.

Selepas sembuh sepenuhnya, Pink menghulurkan bantuan peribadi berjumlah AS$500,000 atau RM2 juta kepada sebuah hospital universiti di Philadelphia.

Bantuan itu ditujukan untuk petugas perubatan yang bertungkus lumus melawan virus Covid-19.

SUMBER: Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain