INDUSTRI hiburan Indonesia heboh dengan berita penyanyi dangdut Lucinta Luna mengaku dirinya hamil selepas alat ujian kehamilan menunjukkan tanda positif. Penyanyi transgender yang pernah berduet dengan Datuk Aliff Syukri menerusi lagu Bobo Di Mana ini menimbulkan persoalan banyak pihak yang meragui tentang pengakuannya kini berbadan dua. ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi transgender 'Bobo Dimana', Lucinta Luna ditangkap, polis bingung tempatkan di lokap lelaki atau perempuan Lucinta atau nama sebenarnya Muhamad Fattah ini turut mendakwa kerap muntah-muntah dan lewat datang bulan. Topik tersebut turut mendapat perhatian seorang doktor yang memberitahu ujian kehamilan itu boleh mengesan hormon dalam badan wanita dan lelaki. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] “Selamat atas kehamilannya. Sebenarnya test pack positif itu ada hubungannya dengan kenaikan hormon Beta-HCG, di mana hormon Beta-HCG juga boleh dikesan pada lelaki terutama yang mengalami beberapa penyakit, salah satunya kanser testis. “Kepada lelaki yang mahu cuba buat ujian kehamilan dan hasilnya positif, perlu hati-hati, ” ujarnya. - InsertLive Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!