suria

Victoria Beckham dedah Spice Girls jadi inspirasi Beyonce ceburi bidang muzik

Victoria Beckham turut mengagumi kejayaan yang diraih Beyonce dalam kerjaya muziknya.

BEKAS ahli kumpulan Spice Girls, Victoria Beckham baru-baru ini membuat pendedahan bahawa populariti kumpulannya itu menjadi inspirasi kepada penyanyi terkenal, Beyonce Knowles untuk menceburi bidang seni.

Victoria, 47, atau lebih dikenali sebagai Posh Spice berkongsikan kisah itu ketika menjadi tetamu untuk rancangan podcast, Breaking Beauty.

"Saya ada bertemu dengan Beyonce beberapa tahun lalu dan dia sendiri cakap pada saya yang kumpulan Spice Girls menjadi idolanya sejak dia mula terlibat dalam bidang seni.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Bila seseorang yang ikonik dan berjaya seperti Beyonce yang cakap perkara macam itu, saya rasa ia merupakan satu penghargaan besar buat saya dan kumpulan Spice Girls," katanya.

Selain Posh, Spice Girls yang cukup popular dengan lagu Viva Forever dan Wannabe dianggotai oleh Mel B, Mel C, Emma Bunton dan Geri Halliwell.

Posh yang juga merupakan isteri kepada bekas bintang bola sepak terkenal David Beckham kini bergelar mogul fesyen dan mempunyai jenama pakaian sendiri, Victoria Beckham.- CNN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain