TAHUN 2021 baru sahaja memasuki bulan Mei, namun berita perceraian artis di Indonesia terus menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan netizen. Ada antara selebriti sudah berpuluh tahun mendirikan rumah tangga, ada juga yang memilih untuk berpisah disebabkan orang ketiga. 1. Nindy Ayunda dan Askara Parasady Harsono Pada 7 Januari lalu, suami kepada penyanyi Nindy Ayunda iaitu Askara Parasady Harsono ditangkap kerana terlibat dengan kes dadah. Beberapa hari selepas itu, Nindy mendedahkan dia dan Askara dalam proses penceraian. Nindy Ayunda dan Askara Parasady Harsono Khabar angin mendakwa Askara pernah curang pada tahun 2015 dan diketahui oleh Nindy pada tahun 2018. Sehingga kini proses penceraian mereka masih berlangsung. 2. Kiwil dan Rohimah Selepas 22 tahun berkahwin, pelawak Kiwil bercerai dengan isteri pertamanya iaitu Rohimah pada 10 Februari lalu. Kiwil dan Rohimah Sebelum ini netizen memuji perkahwinan mereka kerana selama 17 tahun Rohimah sanggup berkongsi suami dan membenarkan Kiwil memiliki isteri kedua Meggy Wulandari. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] 3. Ayus Sabyan dan Ririe Fairus Paling sensasi awal tahun ini mengenai khabar angin hubungan curang membabitkan Ayus dan penyanyi Nissa Sabyan. Ayus Sabyan dengan Ririe Fairus Gara-gara gosip ini Ayus dan isteri Ririe Fairus sah bercerai pada 24 Mac selepas lapan tahun berkahwin. 4. Bams dan Mikhavita Bekas vokalis kumpulan Samson iaitu Bambang Reguna Bukit atau Bams dan isteri, Mikhavita sedang dalam proses penceraian. Bams dan Mikhavita Pasangan ini berkahwin pada 17 Januari 2014 dan dikurniakan seorang anak perempuan. 5. Rachel Vennya dan Niko Al Hakim Selama ini Rachel Vennya dan Niko Al Hakim disebut sebagai pasangan ideal dan serasi, namun rupa-rupanya dalam diam perkahwinan mereka turut diuji. Rachel Vennya dan Niko Al Hakim Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini akhirnya berpisah pada 16 Februari lalu. SUMBER: Kompas Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!