suria

Lebih cantik dan seksi! Ini 4 selebriti Bollywood buat pembedahan plastik! Tengok gambar lama pasti tak kenal...

Kecantikan Shilpa menerima pujian peminat.

SEBAGAI selebriti semestinya perlu kelihatan sempurna dan tampil cantik, jadi tidak hairanlah jika ada antara mereka sanggup melaburkan duit melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan lebih menarik.

Ini termasuklah bintang Bollywood yang sanggup mengubah beberapa bahagian muka bertujuan untuk kelihatan menawan dan anggun di mata peminat.

Jom kita semak empat selebriti wanita Bollywood yang dipercayai melakukan pembedahan pada wajah. Tengoklah sendiri... berbezakan dahulu dan sekarang?

1. Shilpa Shetty

Pelakon Shilpa Shetty yang popular di era 90-an sehingga kini dikenali sebagai seorang aktres yang memiliki bentuk tubuh seksi dan menawan. Senyumannya mempesonakan, mata bulat bersinar membuatkan ramai lelaki jatuh cinta.

Shilpa Shetty.

Sejak memasuki dunia hiburan, tahun demi tahun perubahan pada wajah Shilpa mula menjadi perbualan. Lihatlah perbezaan wajahnya dahulu dan sekarang... bertambah cantikkan?

2. Kangana Ranaut

Bintang sensasi Kangana Ranaut memiliki raut wajah sempurna dan cantik. Namun di sebalik kesempurnaan itu, Kangana juga dikatakan melakukan pembedahan kosmetik.

Kangana Ranaut

Dia mula mencuri tumpuan masyarakat menerusi lakonan dalam filem Gangster pada tahun 2006. Perubahan pada wajahnya mula dikesan pada tahun 2011 ketika membintangi filem Rascals.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Antara yang menjadi bualan ialah perubahan pada bahagian payudara. Kangana mengakui melakukan pembedahan pada anggota tubuh tersebut supaya kelihatan lebih besar.

3. Katrina Kaif

Umum mengetahui pelakon Katrina Kaif sememangnya memiliki wajah yang cantik dan tubuh yang sempurna, namun di sebalik itu rupa-rupanya Katrina juga tidak terlepas daripada pembedahan kosmetik.

Katrina Kaif.

Meskipun tidak menyatakan secara terang-terangan, beberapa sumber terdekat mendakwa Katrina melakukan pembedahan di bibir dan hidung.

4. Anushka Sharma

Anushka Sharma memulakan karier lakonan menerusi filem Rab Ne Bana Di Jodi (2008) gandingan bersama aktor Shah Rukh Khan. Ketika itu, Anushka memiliki kecantikan semulajadi sehinggalah penampilannya dalam filem Jab Tak Hai Jaan (2012).

Anushka Sharma

Peminat mula melihat perubahan khususnya pada bahagian bibir. Anggota wajah itu kelihatan lebih seksi menyerupai bibir Katrina Kaif. Malah ada juga mendakwa Anushka turut melakukan pembedahan pada hidung.

SUMBER: Tabloid Bintang

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain