suria

Dalam diam rupa-rupanya Salma Hayek pernah dijangkiti Covid-19, tapi takut ke hospital - “Saya lebih rela mati di rumah”

Salma kongsi pengalaman dijangkiti Covid-19.

PELAKON Salma Hayek akhirnya terbuka untuk berkongsi mengenai pengalamannya dijangkiti wabak Covid-19 dan mengalami simptom yang sangat teruk.

Memetik laporan Hollywoodlife, Salma memberitahu doktor merayu kepadanya untuk pergi ke hospital selepas melihat keadaannya ketika itu yang semakin membimbangkan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun aktres berusia 54 tahun itu tetap berdegil dan tidak mahu menjalani rawatan di hospital malah dia lebih rela menghabiskan sisa hidupnya di rumah.

"Doktor sampai merayu meminta saya pergi ke hospital sebab keadaan semakin teruk. Tapi saya tidak mahu. Saya lebih rela mati di rumah," kata Salma.

Menurut Salma, dia hanya menjalani kuarantin kendiri di rumahnya selama tujuh minggu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain