suria

Hampir sedekad hidup bersama… Ashanty dedah perangai Anang Hermansyah yang kurang disukai

Ashanty belum mampu mengawal emosi Anang.

SELEPAS hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Indonesia Ashanty mendedahkan ada beberapa sikap dan perangai Anang Hermansyah yang kurang disenangi.

Menurut laporan Tribunnews, Ashanty berkata salah satunya ialah sikap suami yang cepat emosi dan sensitif.

"Kadang-kadang dia mudah emosi pada orang... dengan saya dalam setahun, mungkin dua kali (emosi).

"Contohnya ketika nada percakapan berlainan, tetapi kerana dia sedang sensitif dan penat, jadi apabila saya cakap dia jadi salah faham dan terus emosi," katanya menerusi temubual di saluran YouTube Uya Kuya TV pada Rabu lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Meskipun kurang senang dengan sikap Anang itu, Ashanty bagaimanapun berkata banyak hal yang dipelajari sepanjang melayari alam perkahwinan.

Malah sehingga kini dia menerima baik dan buruk suaminya itu dengan hati terbuka.

Ashanty turut mengakui terlalu takut jika kehilangan suami dan berharap ikatan hubungan keluarganya kekal utuh dan harmoni sehingga akhir hayat.

Ashanty dan Anang berkahwin pada 2012.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain