suria

Taylor Swift serius dengan Joe Alwyn, dah bincang tentang majlis kahwin

Taylor Swift sebelum ini sering bertukar pasangan dan dengan Joe Alwyn, hubungan mereka sudah bertahun selama lima tahun.

PENYANYI Taylor Swift yakin Joe Alwyn merupakan lelaki idaman yang memenuhi kriteria sebagai calon suami pilihannya.

Sumber yang rapat dengan penyanyi itu menyatakan Taylor, 32, juga sudah membincangkan perihal untuk mendirikan rumah tangga dengan Joe, 30.

"Mereka semakin rapat sejak perintah berkurung dilaksanakan pada tahun lalu dan dia sangat percayakan Joe.

"Pasangan ini masih lagi dengan pendirian enggan terlalu mengembar-gemburkan tentang hubungan mereka kepada umum demi menjaga privasi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Mereka juga sudah berbincang tentang rancangan masa depan bersama dan Taylor yakin Joe adalah calon suami terbaik," kata sumber tersebut.

Penyanyi lagu Cardigan mula bercinta dengan aktor British tersebut pada tahun 2016.

Taylor sebelum ini pernah dikaitkan bercinta dengan ramai selebriti seperti Joe Jonas, Harry Styles, John Mayer, Jake Gyllenhall dan Calvin Harris. - ET

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Taylor Swift, Joe Alwyn, Hollywood

Artikel Lain