suria

Bebas Covid-19 buat kali kedua, isteri Baim Wong rindu nak peluk anak

Paula Verhoeven teruja tidak lagi berjauhan dengan anaknya.

ISTERI Baim Wong, pelakon dan model, Paula Verhoeven akhirnya disahkan bebas Covid-19 selepas empat hari melakukan kuarantin kendiri.

Paula, 34, sebelum ini disahkan positif Covid-19 buat kali kedua selepas melakukan ujian calitan (swab test) pada 18 Mei lalu.

Wanita kelahiran Semarang itu mengakui rindu akan anak tunggalnya, Kiano Tiger Wong, 2, sepanjang dia menjalani tempoh kuarantin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sudah empat hari tidak bertemu dengan Kiano, saya rindu sangat nak peluk dia.

"Kiano nampaknya macam tak hairan bila saya dah ada depan mata dia, mungkin dia fikir manalah ibunya selama ini... tiada di sisinya tapi selalu buat panggilan video," katanya berseloroh menerusi rakaman video yang dikongsikan melalui saluran YouTube Baim Paula.

Untuk rekod, Paula sebelum ini dilaporkan positif wabak itu sekitar Mac lalu. - Liputan6

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain