suria

Nikita Nirzani tinggalkan dunia ‘tipu-tipu’ Instagram, mahu hidup tanpa tekanan - “Jangan rindukan aku!”

Nikita Mirzani mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada media sosial.

PELAKON kontroversi Indonesia Nikita Mirzani mengambil keputusan untuk berehat daripada kehidupan 'tipu-tipu' di media sosial khususnya Instagram.

Memetik laporan Liputan 6, Nikita memuat satu posting berwarna hitam yang menjadi tanda tanya dan bualan hangat dalam kalangan netizen pada Selasa malam.

Malah menerusi Instastory dia juga memaklumkan ingin menikmati hidup normal tanpa tekanan dan pengaruh negatif daripada media sosial.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Perkongsian Nikita Mirzani menerusi Instagram.

Luah Nikita, segala perkongsiannya di Instagram tidak menggambarkan 100 peratus kehidupan sebenar di dunia nyata.

"Sedang ingin menikmati kehidupan sebenar, bukan tipu-tipu di media sosial belaka. Selepas ini posting feed dan juga story hanya berkaitan perniagaan yang saya jalankan sahaja.

"Ia akan diuruskan oleh admin saya.

“Ini bukan sebuah perpisahan, sampai jumpa lagi. Okey netizen, jangan rindukan aku," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain