PASANGAN selebriti Lee Seung Gi dan Lee Da In dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi selepas kedua-duanya mengesahkan sedang menjalinkan hubungan cinta, baru-baru ini. Menurut laporan portal gosip Dispatch, kedua-duanya serius dalam perhubungan sejak tahun lalu. Lee Da In dikatakan sudah bertemu nenek kepada Lee Seung Gi dan kedua-duanya dilihat lebih terbuka bercerita mengenai hubungan istimewa itu. Sejak Mac lalu, timbul gosip kononnya pasangan ini sedang melakukan persiapan berkahwin, bagaimanapun kedua-duanya tidak mengulas lanjut mengenai khabar angin tersebut. Gosip itu diam seketika sehinggalah ia mula menjadi perbualan semula selepas mereka mengakui bercinta pada Ahad lalu. Laporan mengenai Lee Seung Gi dan Lee Da In dikatakan bertemu keluarga masing-masing menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Sehingga kini, agensi pengurusan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung gosip berkenaan. Untuk rekod, sebelum ini Lee Seung Gi pernah menjalinkan hubungan dengan Yoona Girls Generation, namun hubungan itu berakhir pada Ogos 2015. Menurut sumber, kedua-duanya membawa haluan masing-masing kerana kesibukan kerja. SUMBER: Soompi