PENYANYI terkenal Dua Lipa menyelar iklan di akhbar New York Times yang menuduh dia dan supermodel Gigi dan Bella Hadid sebagai anti-Semitisme.
Lipa menerusi Instastory pada Ahad berkata, kempen yang dijalankan menggunakan namanya itu adalah sesuatu yang keji dan palsu.
“The World Value Network tanpa malu-malu menggunakan nama saya untuk kempen jelek mereka dengan kepalsuan... Saya berdiri dengan solidariti bersama semua orang yang tertindas dan menolak semua bentuk sifat perkauman, ” tulisnya.
Terdahulu, sebuah iklan halaman penuh dari World Values Network menyebut Lipa dan saudara Hadid sebagai 'pengaruh besar yang memfitnah negara Yahudi dan menuduh Israel melakukan pembersihan etnik'.
Tajuk utama iklan dibaca: "Temui brigade influencer baru Hamas".
[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]
Sebelum ini, Gigi dan Bella Hadid yang berasal dari Palestin secara lantang memperjuangkan hak-hak rakyat negara itu yang ditindas dan mengecam pencerobohan Israel terhadap penduduk Gaza.
Selebriti A-list yang lain juga telah menyuarakan sokongan kepada Palestin, termasuk Mark Ruffalo, Viola Davis, Idris Elba, The Weeknd, Zayn Malik dan Roger Waters.
Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!