suria

Isteri Baim Wong positif Covid-19 kali kedua, terpaksa batal percutian ke Bali

Baim dan Paula terpaksa batalkan percutian bersama Raffi serta Nagita.

SELEPAS disahkan positif Covid-19 buat kali kedua, isteri kepada selebriti Indonesia terkenal Baim Wong iaitu Paula Verhoeven menjalani kuarantin kendiri di rumah sahaja.

Memetik laporan Liputan6, Paula melakukan ujian calitan pada 18 Mei lalu berikutan merancang untuk bercuti ke Bali bersama teman baik mereka iaitu Raffi Ahmad dan isterinya, Nagita Slavina.

Dalam pada itu, Baim kini mengambil tugas menjaga anak mereka iaitu Kiano Tiger Wong.

Menurut Baim, dia banyak mempelajari sesuatu perkara yang baharu sepanjang menjaga anak sulungnya antaranya sudah pandai membuat susu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Akhirnya saya pandai buat susu untuk dia (Kiano)," kata Baim ketika membuat panggilan video bersama isterinya.

Paula turut sempat memberi pesanan kepada Baim yang sibuk dengan kerja agar sentiasa memperhatikan Kiano yang kini semakin aktif.

Untuk rekod, Paula sebelum ini dilaporkan positif wabak itu sekitar Mac lalu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain