suria

Luang masa bersama di Disneyland, Kylie Jenner tepis dakwaan kini 'open relationship' dengan Travis Scott

Kylie dan Travis sudah berpisah sejak Oktober 2019.

PERSONALITI terkenal Kylie Jenner menepis dakwaan mengatakan dia dan bekas kekasihnya, Travis Scott kini menjalinkan hubungan terbuka atau 'open relationship'.

Memetik laporan Hollywoodlife, dakwaan itu timbul selepas sebuah artikel mengatakan mereka bersetuju dengan perhubungan itu selepas dilihat menghabiskan masa bersama di Disneyland baru-baru ini.

"Anda benar-benar hanya tulis apa sahaja. Saya tidak memperlekehkan sesiapa yang berada dalam hubungan terbuka tetapi ini dianggap tidak sopan dengan menyebarkan sesuatu tanpa mengetahui apa yang benar," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kylie Jenner berkongsi perkara tersebut menerusi laman Twitter miliknya dengan memuat naik sebuah artikel berhubung dakwaan tersebut.

Sekitar Oktober 2019, Kylie mengumumkan sudah berpisah dengan pasangannya, Travis Scott selepas dua tahun menjalinkan hubungan.

Pasangan yang mempunyai seorang cahaya mata bernama Stormi memberitahu mereka telah berusaha untuk mempertahankan hubungan itu namun gagal.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain