SEBELUM ini heboh cerita seorang netizen mendakwa penyanyi Indonesia Ayu Ting Ting bersikap kedekut dengan menghalau sekumpulan pengemis yang datang ke rumahnya meminta sumbangan. Berkongsi cerita sebenar, bapa Ayu Ting Ting iaitu Abdul Rojak menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan keluarganya tidak pernah mengusir pengemis dengan cara tidak sopan. "Ayah (panggilan dirinya) hati-hati juga... hakikatnya tidak seperti itu, kalau orang datang menjerit-jerit... kalau sopan santun pasti diberi (sedekah). "Ayu itu orang jenis tak sanggup (lihat orang susah). Kalau kata Ayu kedekut, itu tak benar," katanya kepada media Indonesia ketika ditemui di kediamannya di Jawa Barat. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Dalam pada itu, Abdul Rojak berkata keluarganya pernah berdepan trauma apabila seorang pengemis datang ke rumah dan berkelakuan agresif. "Kami bukan begitu ya... kalau sampai ada sudah masuk ke rumah dan mengamuk, ayah laporkan ke pihak berwajib. "Seram juga ya, ini (pintu) habis dikerjakan, mereka jerit-jerit. Seram betul sampai kita semua trauma. "Trauma! Awalnya kita beri tapi dia jadi kebiasaan tapi kita tak usir cuma perlu sopan sebagai manusia. Kita tahan di pintu, dia buka sendiri. "Jadi bukan sebab kedekut tapi kerana trauma ya. Memang selama ini kita khuatir kerana bimbang modus mereka dan ramai orang berpura-pura," ujarnya. SUMBER: DetikHot Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!