suria

Brad Pitt menang kes hak jagaan anak, bergilir-gilir jaga dengan Angelina Jolie

Brad Pitt dan Angelina Jolie sering berbalah mengenai kes jagaan anak sebelum ini.

SELEPAS lima tahun 'bertarung', akhirnya pelakon Brad Pitt menang kes tuntutan hak jagaan bersama anak dengan bekas isterinya, aktres Angelina Jolie.

Hakim John Ouderkirk mengarahkan Brad untuk lebih meluangkan masa bersama lima anaknya yang masih di bawah usia 18 tahun iaitu, Pax, 17, Zahara, 16, Shiloh, 14, dan pasangan kembar, Vivienne dan Knox, 12.

Anak sulung pasangan itu, Maddox yang kini berusia 19 tahun tidak tertakluk di bawah jagaan mana-mana pihak memandangkan dia sudah menginjak usia dewasa.

Pasangan itu sebelum ini sering berbalah mengenai hak jagaan anak sejak berpisah pada September 2016. Keenam-enam anak mereka dijaga Angelina sejak perpisahan itu berlaku.

Angelina yang tidak bersetuju dengan keputusan itu dikatakan akan memfailkan satu lagi tuntutan bagi membantah keputusan yang dibuat oleh Hakim John Ouderkirk.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Menurut Angelina, keputusan yang dibuat itu tidak telus memandangkan Hakim John tidak memanggil kesemua anaknya untuk memberikan testimoni dengan siapa mereka mahu tinggal bersama.

Hakim sebaliknya hanya membuat keputusan berdasarkan keterangan daripada pakar terapi anak-anaknya sahaja.

Brad dan Angelina mula bercinta pada 2004 selepas digandingkan bersama dalam filem aksi, Mr. and Mrs. Smith.

Brad ketika itu masih lagi bergelar suami kepada pelakon Jennifer Aniston.

Sepanjang hidup bersama, Brad dan Angelina mengambil tiga anak angkat iaitu Maddox, Pax dan Zahara manakala tiga lagi merupakan anak kandung pasangan tersebut. - Hollywoodlife

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain