suria

Kebetulan kongsi foto di lokasi sama, Jang Ki Yong nafi bercinta dengan Son Yeon Jae

Jang Ki Yong dan Son Yeon Jae dikhabarkan sedang bercinta.

PELAKON Jang Ki Yong tampil menafikan khabar angin yang mengatakan dia kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas ahli gimnastik berirama, Son Yeon Jae.

Memetik laporan Soompi, agensi YG Entertainment memberitahu pelakon itu dan Son Yeon Jae tidak pernah mengenali antara satu sama lain.

Khabar angin itu timbul selepas kedua-duanya secara kebetulan berkongsi foto di lokasi yang hampir sama ketika Jang Ki Yong berada di Busan untuk penggambaran filem drama Now, We Are Breaking Up.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Jang Ki Yong memberitahu yang dia dan Son Yeon Jae tidak pernah mengenali satu sama lain. Foto lokasi yang lebih kurang sama itu diambil ketika dia sedang jalani penggambaran drama," kata agensi tersebut.

Malah, agensi Son Yeon Jae turut memaklumkan bahawa mereka berdua tidak pernah mengenali antara satu sama lain seperti yang didakwa.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain