PENYANYI Ed Sheeran secara berseloroh memberitahu anak perempuannya, Lyra Antarctica bukanlah peminatnya. Menurut penyanyi berusia 30 tahun itu, Lyra akan sentiasa menangis ketika dia cuba mendodoikan anaknya dengan lagu-lagu hitnya. "Sekarang saya akan menyanyikan lagu kepada anak perempuan saya... yang bukan merupakan peminat setia saya. Dia hanya akan menangis kalau saya menyanyi," seloroh Ed. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Namun begitu, Ed menyatakan anaknya yang kini sudah berusia sembilan bulan itu akan tersenyum sekiranya dia menyanyikan lagu popularnya, Shape Of You. "Lyra sangat suka lagu Shape Of You, dia sukakan rentak lagu itu," ujarnya yang teruja berkongsikan pengalaman bergelar seorang bapa. Isteri Ed, Cherry Seaborn selamat melahirkan Lyra pada Ogos tahun lalu. Pasangan ini berkahwin dalam sebuah majlis tertutup di Suffolk, United Kingdom pada Januari 2019. - Hollywoodlife Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!