suria

Pelakon Tarzan dan isteri maut, pesawat terhempas di tasik

Joe Lara dan isteri disahkan maut selepas pesawat mereka terhempas.

PELAKON Joe Lara yang popular dengan watak Tarzan menerusi siri Tarzan: The Epic Adventures dipercayai maut selepas pesawat ringan yang dinaikinya terhempas di sebuah tasik berhampiran bandar Nashville, Amerika Syarikat pada pagi Sabtu lalu.

Turut maut ialah isterinya, Gwen Shamblin Lara serta lima lagi individu lain.

Menurut laporan CNN, pesawat kecil itu menjunam ke Percy Priest Lake, kira-kira 19 kilometer di selatan Nashville dan Persekutuan Pentadbiran Penerbangan mengesahkan tujuh individu menaiki pesawat tersebut.

Ia dilaporkan terhempas sejurus berlepas dari Smyrna, sebuah lapangan terbang di Tennessee menuju ke Palm Beach, Florida.

Menurut Ketua Jabatan Penyelamat dan Bomba Rutherford County (RCFR), Kapten Joshua Sanders, kerja-kerja kini tertumpu kepada usaha pencarian mayat mangsa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kami tidak lagi berupaya untuk mencari mangsa hidup ketika ini, tumpuan kami sekarang adalah kerja pencarian di lokasi kemalangan," katanya.

Pada petang Ahad, RCFR berjaya menemui beberapa komponen pesawat dan mayat di sebuah kawasan berdekatan.

Joe, 61, mula membintangi filem Tarzan in Manhattan pada 1989 dan seterusnya popular dengan siri The Epic Adventures yang bersiaran dari tahun 1996 hingga 1997. - CNN

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain