SELEPAS dua tahun bertarung penyakit kanser, YouTuber terkenal dari Korea Selatan Dawn Lee meninggal dunia pada Ahad. Menurut laporan The Korea Time, berita pemergian Dawn Lee atau nama sebenar Lee Saebyeok disahkan oleh agensi pengurusannya, Ice Creative. Pada Februari 2019, Dawn Lee memaklumkan kepada peminatnya dia sedang menderita kanser limfoma dan dalam proses rawatan. Vlogger kecantikan berusia 30 tahun ini juga pernah berkongsi foto dia melakukan rawatan kimoterapi pada Mei 2019. Dawn Lee jalani rawatan kimoterapi. Dawn Lee mengakui berada dalam ketakutan sepanjang tempoh dua tahun melawan penyakit kanser itu. Dawn Lee bagaimanapun berkata dia kembali bangkit dan bersemangat meneruskan sisa hidup selepas menerima sokongan peminat. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pada Mac lalu, dia berkongsi perkembangan terkini kesihatannya dan berkata semakin tenang berdepan penyakit itu. "Mental dan emosi saya terganggu beberapa hari lalu. Sebelum ini di hospital saya diberitahu untuk mempersiapkan diri kerana mungkin akan meninggal. Foto terakhir dimuat naik Dawn Lee pada April lalu. "Sekarang ini saya lebih tenang, walaupun mampu berkongsi perkembangan tapi masih ada takut lagi. Saya masih ke hospital untuk rawatan kimoterapi," katanya. Perkongsian Vlog terakhirnya di YouTube dibanjiri ucapan duka daripada pengikut. Untuk rekod, saluran YouTube milik Dawn Lee yang banyak berkongsi mengenai kecantikan dan fesyen memiliki hampir 700,000 pengikut. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!