suria

Marc Anthony restu JLO kembali bercinta dengan Ben Affleck

Jennifer Lopez kembali bercinta dengan Ben Affleck selepas 18 tahun berpisah.

BEKAS suami Jennifer Lopez, penyanyi Marc Anthony merestui hubungan cinta yang terjalin antara bekas isterinya dengan aktor Ben Affleck.

Menurut Marc, perkara itu tidak menjadi masalah buatnya kerana yang penting Jennifer atau nama glamor, JLO tidak sesekali mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak kembar mereka.

"Marc masih lagi rapat dengan JLO dan dia merupakan antara individu yang sentiasa memberikan sokongan terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh JLO.

"Apa yang Marc mahukan ialah untuk bekas isterinya itu sentiasa berasa gembira dan jika Ben mampu membahagiakan Jennifer, dia tidak akan sesekali menghalang perhubungan mereka," kata sumber rapat Marc.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

JLO, 52, dan Marc, 53, berkahwin pada 5 Jun 2004 sebelum disahkan bercerai pada 14 Jun 2014.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai sepasang cahaya mata kembar berusia 12 tahun iaitu Emme Maribel Muniz dan Maximilian David Muniz.

JLO dan Ben, 49, sebelum ini pernah menjalinkan cinta pada 2002 sehingga membawa ke fasa pertunangan namun hubungan itu terlerai pada 2004.

Penyanyi On The Floor itu baharu sahaja putus tunang dengan bekas pemain baseball profesional, Alex Rodriguez pada April lalu. - Hollywoodlife

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain