suria

Jay Z dedah belajar berenang pada usia 40 tahun demi anak - “Tak dapat bayang kalau anak lemas tapi saya tak dapat selamatkan”

Jay Z bersama isteri Beyonce dan anak sulung mereka, Blue Ivy Carter.

CUKUP dikenali sebagai seorang selebriti yang menjalani kehidupan secara low profile, penyany rap Jay Z akhirnya membongkar satu rahsia mengenai dirinya sendiri yang disimpan selama ini.

Menurut suami kepada penyanyi Beyonce ini, dia terpaksa belajar berenang sebaik sahaja anak sulungnya, Blue Ivy Carter dilahirkan sembilan tahun lalu.

"Saya memang tidak pandai berenang sebelum Blue lahir lagi. Tapi lepas dia lahir saya ambil inisiatif untuk belajar berenang demi anak-anak saya.

"Ia boleh diibaratkan kalau anak saya lemas tapi saya tak dapat selamatkan dia hanya disebabkan tidak pandai berenang... saya tidak boleh bayangkan macam mana remuk perasaan saya ketika itu kalau benda itu betul-betul terjadi," katanya.

Menurut penyanyi lagu Crazy In Love ini lagi, dia juga cuba untuk menjadi seorang bapa yang tidak mengongkong impian anak-anaknya di masa akan datang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau anak saya tidak berminat dalam bidang muzik, saya tidak akan memaksa biarpun mempunyai bisnes dalam bidang ini.

"Yang penting bagi saya ialah agar anak kita rasa sentiasa disayangi... itu sudah memadai buat saya," ujarnya.

Jay Z atau nama sebenarnya, Shawn Corey Carter, 52, berkahwin dengan Beyonce, 40, pada 4 April 2008.

Selain Blue, pasangan ini turut mempunyai sepasang cahaya mata kembar, Rumi dan Sir yang kini berusia empat tahun. - Hollywoodlife

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Jay Z, Beyonce, Blue Ivy, Hollywood

Artikel Lain