WALAUPUN nama Ariel Noah dan Luna Maya pernah tercalar gara-gara tersebarnya video aksi seks mereka pada 2010, namun rata-rata peminat masih lagi mengharapkan kedua-duanya kembali berbaik dan menjalinkan semula hubungan. Ini kerana sehingga kini, kedua-duanya masih lagi solo biarpun pernah putus cinta dengan pasangan masing-masing sebelum ini. Malah, sebelum mereka terlibat dengan skandal seks tersebut, bapa Ariel, Nazmul turut pernah menyuarakan hasrat hatinya suka dengan peribadi Luna yang peramah selain pelakon itu merupakan calon menantu terbaik. Menurut Nazmul, dia suka melihat hubungan akrab yang terjalin di antara Luna bersama anak tunggal Ariel, Alleia Anata Irham. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Luna seorang yang ramah dan sangat menghormati orang tua... dia juga sangat rapat dan pandai ambil hati cucu saya. "Mereka memang sering bergurau dan Alleia pun panggil Luna dengan panggilan Auntie Luna," katanya. Namun hasrat Nazmul tidak kesampaian apabila Ariel dan Luna mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka pada tahun 2011. Selain Luna, Ariel turut terpalit dengan penyebaran video aksi seks dengan seorang lagi selebriti Indonesia, Cut Tari. - Sosok.ID Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!