PENGACARA dan pelakon Raffi Ahmad berkongsi perkembangan terbaharu keadaan isterinya iaitu Nagita Slavina yang kini sedang hamil cahaya mata kedua. Memetik laporan Liputan6, Raffi berkata biarpun kehamilan kedua berjalan dengan lancar namun emosi isterinya kerap berubah-ubah dan kadang-kala lebih sensitif. Bagaimanapun Raffi memberitahu dia mengambil perkara itu secara positif memandangkan emosi wanita hamil sememangnya begitu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Alhamdulillah kehamilan Gigi berjalan dengan lancar. Paling penting, menjaga dia untuk sentiasa sihat. Biasalah, bila hamil ini mood dia berubah-ubah... ada kala sensitif. "Saya kena banyak beri perhatian kepadanya sebab dia lebih manja. Tapi memang patut pun, cuma dia lebih cepat marah. Dia pun tak ada mengidam benda pelik-pelik... masih okay la," katanya. Raffi mendirikan rumah tangga dengan Nagita pada 2014 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Rafathar Malik Ahmad yang kini berusia enam tahun. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!