suria

Sibuk dengan kerjaya, Ariana Grande belum sedia bergelar ibu

Ariana mendirikan rumah tangga dengan agen hartanah, Dalton Gomez.

BERITA perkahwinan Ariana Grande pada 15 Mei lalu mengejutkan peminatnya apabila penyanyi itu mengambil keputusan untuk merahsiakan majlis bahagianya itu daripada pengetahuan umum.

Ariana, 28, mendirikan rumah tangga dengan agen hartanah, Dalton Gomez, 26, selepas setahun bercinta.

Terbaharu, sumber rapat penyanyi itu mendedahkan Ariana belum terbuka hati untuk segera menimang cahaya mata dalam masa terdekat disebabkan kesibukan kerja.

"Ariana tidak terburu-buru untuk segera hamil dan mempunyai anak sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa tahun ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Dia masih lagi bersemangat untuk terus menghasilkan karya muzik yang bagus serta berlakon dan sekarang dia semakin sibuk dengan tugasnya sebagai juri untuk program The Voice.

"Impian Ariana untuk bergelar seorang ibu mungkin terpaksa diperam buat sementara waktu sebab dia masih banyak lagi terikat dengan kontrak kerja. Senang cerita dia memang seorang yang sangat kuat bekerja," kata sumber tersebut.

Penyanyi lagu Thank U, Next itu dan Dalton berkahwin dalam upacara tertutup di kediaman mewah Ariana di Montecito, California, Amerika Syarikat dengan dihadiri kurang daripada 20 orang tetamu.

Ariana baharu sahaja berkongsi gambar majlis perkahwinannya di laman Instagram pada minggu lalu yang sehingga kini telah meraih lebih 26 juta tanda suka daripada peminatnya. - Hollywoodlife

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain