suria

Jun Ji Hyun didakwa sudah bercerai, tinggal berasingan... pihak pengurusan mahu saman YouTuber sebar fitnah

Pemilik akaun YouTube mendakwa perkahwinan Jun Ji Hyun sudah berakhir.

NAMA pelakon Jun Ji Hyun menjadi perbualan hangat netizen selepas tular berita mendakwa ikatan perkahwinannya dengan suami, Choi Joon Hyuk bakal berakhir.

Menurut laporan Soompi, khabar angin itu bertiup kencang selepas satu saluran YouTube memuat naik video mendakwa pasangan ini sudah tinggal berasingan.

Tidak lama selepas penyebaran berita itu, pihak pengurusan iaitu Culture Depot tampil memberi kenyataan berhubung kontroversi berkenaan.

Dalam kenyataan itu, pengurusan menafikan dakwaan kononnya perkahwinan Jun Ji Hyun dan Choi Joon Hyuk sedang berdepan masalah.

"Kami ini menjelaskan apa yang disiarkan menerusi akaun YouTube pada 2 Jun lalu... Pertamanya, kami ingin menegaskan segala informasi yang diberi dalam siaran tersebut adalah palsu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Fakta palsu itu telah tersebar luas secara maya. Kami mendapati ia sengaja disebarkan. Kamu akan menyiasat segala fakta yang diberi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap penyebar berkenaan." kata wakil pengurusan.

Sebelum itu, rumah tangga Jun Ji Hyun dikatakan tidak boleh diselamatkan lagi selepas aktres ini beberapa kali cuba mempertahankan perkahwinannya itu.

Pemilik YouTube berkenaan mendakwa perkahwinan selebriti ini sudah berakhir sejak enam bulan lalu.

Jun Ji Hyun dan Choi Joon Hyuk berkahwin pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain