PELAKON Cinta Laura mengakui dia berasa serba salah untuk membeli barang baharu atau berjenama kerana memikirkan nasib golongan yang susah. Memetik laporan Liputan6, Cinta Laura memberitahu dia lebih rela menggunakan wang tersebut dengan membantu golongan kurang berkemampuan daripada membazir membeli barang mahal. "Selalu rasa macam tak ada baju nak dipakai tapi malas nak shopping. Saya akan ulang pakai baju sama. Tapi bukan bermaksud saya tidak suka barang yang berkualiti atau mahal. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Saya suka barang yang bagus dan mahal tapi saya akan rasa serba salah kalau saya beli sesuatu yang baru atau mahal. Contoh beg tangan berjenama harga RM8000, bayangkan berapa keluarga atau anak yang boleh saya bantu atau beri makan dengan duit tersebut," katanya. Dalam pada itu, Cinta Laura juga mendedahkan dia pernah membeli beg tangan berjenama buat pertama kali dalam masa lima tahun ketika menjalani penggambaran di Dubai. "Tahun lalu, saya pergi ke Dubai untuk penggambaran iklan dan saya ada beli satu beg tangan berjenama tapi itu kali pertama dalam lima tahun. Maksudnya saya beli barang jenama hanya sekali dalam lima tahun," ujarnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!