SELEPAS tiga tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Gummy akhirnya berkongsi mengenai bagaimana dia bertemu buat kali pertama dengan suaminya yang juga pelakon Jo Jung Suk. Memetik laporan Soompi, Gummy mendedahkan dia mula berkenalan dengan pelakon drama siri Hospital Playlist itu menerusi rakan mereka iaitu Young Ji. "Kami berkenalan melalui rakan bernama Young Ji. Dia kenal Jo Jung Suk sebab mereka pernah bekerjasama dalam program muzikal Hedwig. Kebetulan, mereka perlu berjumpa dan Young Ji bawa saya bersama. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] "Tapi dia bawa saya bersama bukan dengan niat nak kenalkan kami. Hubungan kami terjalin secara semula jadi, perasaan kami berubah menjadi sayang," kata Gummy. Jo Jung Suk dan Gummy mendirikan rumah tangga pada Oktober 2018 selepas menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun. Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada Ogos tahun lalu. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!